Memaparkan catatan dengan label 2012. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 2012. Papar semua catatan

12 Apr 2012

TUTORIAL | Cara Daftar SAYS.my (updated)

Assalamualaikum

Bagi yang nak join SAYS aku sediakan tutorial cara nak daftar SAYS.my ni. Memandang kan website says.my dah bertukar wajah sejak bila tak pasti,, aku post balik tutorial ni..:)

Korang ikut je langkah2 bawah ni ye:) agak2 tak nampak tu, boleh klik gambar utk tumbesaran. :D

LANGKAH 1

Untuk mendaftar klik >> SINI


LANGKAH 2


Klik "Create new account" . 
Lepas tu akan keluar popup window kecik mcm LANGKAH 3 bawah ni..

--> http://bit.ly/TkbQPS


LANGKAH 3


Klik je "Log In with Facebook" tu.


LANGKAH 4


Lepas tu korang kena isi username utk unique link korang nanti dan
bawah tu korang isi kan email.



LANGKAH 5


Update profile. Pastikan korang isi dengan betul ye:)


LANGKAH 6


Setel dah. Korang dah boleh share iklan korang. Nampak kan iklan2 yg ada? 
Mcm situasi sekarang ni,, iklan yg ada cuma dua. Yg lain semua dah complete.

Klik je kat recommendation keluar lah iklan2 korang:) http://bit.ly/TkbQPS
Korang jugak boleh tengok earning korang kat atas blah kanan tu..

Sebar sebar kan link. Promote iklan masing2 keyh:)

Sebarang pertanyaan boleh je tanya terus kat fesbuk Fazley Azali ataupun kat page Blog Rojak :)



Suka entri ni? Klik LIKE bawah ni ye:)  Share kan kpd kawan2 yg nk join SAYS :D
Sila sila la donate untuk blog ni ye:) terima kasih.


klik LIKE sini:)

13 Jan 2012

TUTORIAL | Cara Nak Cashout SAYS.my

Assalamualaikum..

Entri kali ni aku nak share kat korang cara nak cashout SAYS.my ..
Yang belum daftar,, nak daftar FREE boleh klik SINI .. rujuk tutorial Cara Nak Daftar Says..

Duet terkumpul dah berlambak lambak kat akaun SAYS tapi nak cashout tak tahu? Ikut je langkah langkah kat bawah ni.. :) Klik gambar utk tumbesaran. :P



First korang kena pastikan duet yg korang dah kumpul tu berjumlah RM50.00 atau lebih,, baru boleh cashout ye.. Kalau belum tu, kumpul la lagi bagi beriban riban :D
Pastu korang klik kat "Reward History"..
Pastu lagi,, klik je "Cash Out" mcm dalam kotak merah yg aku buat tu.. :)




Lepas tu korang kena isi borang. Korang isi lah ape ape yang patut yg dia tanya.
Isi biar lengkap dan betul. Dah habis tu klik "Cashout My Earning!" :D

Nanti duet tak masuk, keluar air mata darah mcmane pon tak guna dah. Tak dapat den nak tolong. HEHE!




Akhir sekali,, Cash Out Confirmation.. Rasa rasa confirm dah takde benda tertinggal,, klik "Confirm".. 
Kalau tak pasti dan nak edit balik klik "Edit".





Pihak SAYS akan bagi email kat korang mcm ni.. :)
Dah siap semua, apa lagi,, tunggu je lah duet masuk kat akaun bank korang.
Senang kan? 

Bila duet korang dah masuk pon SAYS akan bg satu lg email yg menyatakan duet korang dah selamat dalam akaun bank. HEE. :)
SELAMAT BERJAYA! :D

===============================================================

Klik gambar untuk maklumat lanjut :)




Suka entri ni? klik LIKE bawah ni ye.. TQ :)


klik LIKE sini:)

11 Jan 2012

Berita baik untuk siapa yang selalu naik pengangkutan awam

Blog Rojak nak umum berita baek ni. Bukan selalu dapat buat pengumuman macam ni.
Pengumuman ni khas untuk siapa yang selalu naik LRT, bas dan pengangkutan awam. Kepada yang tak selalu atau tak pernah naek pun boleh amik tawu jugak.. Takde hal. :D

Apa berita baek tu?
Korang usha VIDEO YouTube bawah ni. Klik je. :)




Suka entri ni? Klik LIKE bawah ni ye.. TQ :)

klik LIKE sini:)

7 Jan 2012

Kriteria Kelayakan dan Tatacara Penggunaan Baucar Buku 1 Malaysia (BB1M)

Baucar buku 1 Malaysia yang diumumkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan semasa Pembentangan Belanjawan 2012 pada 7 Oktober 2011 di Parlimen. Kerajaan mencadangkan peruntukan sebanyak RM260 juta diberi bagi melaksanakan inisiatif pemberian buku baucar berjumlah RM200. Inisiatif ini dijangka memberi manfaat kepada 1.3 juta orang pelajar.



KRITERIA KELAYAKAN
 
Pelajar yang layak menerima bantuan Baucer Buku 1Malaysia (BB1M) adalah terdiri daripada:

a)      Warganegara Malaysia.

b)      Lepasan SPM atau setaraf dengannya yang sedang melanjutkan pengajian di pusat matrikulasi/ tingkatan 6/ Politeknik/ institusi pengajian tinggi dalam bidang diploma, diploma lanjutan, ijazah, sarjana dan doktor falsafah.

c)      Sedang melanjutkan pengajian dan status aktif di pusat matrikulasi/ tingkatan 6/ institusi pengajian tinggi pada Januari 2012.

d)      Pelajar yang sedang melanjutkan pengajian secara sepenuh masa dan separa masa.

e)      Pelajar yang sedang mengikuti pengajian di bawah program kerjasama dan mendaftar di bawah anak syarikat IPT berkenaan.

f)       Menuntut di institusi pengajian di bawah seliaan Kementerian Pengajian Tinggi atau diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia.

g)      Pelajar di Institusi Pendidikan Guru (IPG) di bawah program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) tidak layak menerima baucar ini kerana telah diberi elaun buku sebanyak RM600.

h)      Pelajar yang sedang mengikuti bidang Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) tidak layak menerima bantuan ini kerana pelatih KPLI adalah pelatih pra-perkhidmatan (telah diberi elaun). 
 
TATACARA PENGGUNAAN BAUCER

a)      Baucer akan dicetak oleh Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) dan seterusnya mengedarkan kepada semua agensi/institusi.

b)      Baucer ini adalah untuk pembelian buku - buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing.

c)      Pelajar boleh menggunakan baucar ini di mana-mana kedai buku yang menyertai pelaksanaan inisiatif ini. Pelajar perlulah mengisi nama dan kad pengenalan di baucar tersebut. Pelajar perlu menunjukkan kad pengenalan ketika menggunakan baucar ini.

d)      Sekiranya amaun pembelian adalah kurang daripada RM200, pelajar dibenarkan membeli peralatan pembelajaran seperti buku catatan dan alat tulis. Baki baucar yang tidak habis digunakan dianggap luput dan tidak boleh dituntut.

e)      Jika amaun yang dibeli melebihi RM200, pelajar perlu membayar sendiri dan tidak boleh membuat tuntutan tambahan kepada Kerajaan.

f)       Baucar buku yang diterima tidak boleh ditukarkan dalam bentuk wang tunai.

g)      Tempoh sah laku baucar adalah selama 3 bulan sahaja.

h)      Tuntutan bayaran balik baucar akan dibuat oleh kedai buku terus kepada Bank Simpanan Nasional (BSN). Tuntutan hanya boleh dilakukan sehingga 30 April 2012.

 
Takde lagi lah alasan tak cukup duet nak beli buku atau hutang dengan lecturer lama2 pasni. HEHE :)

Sumber : SINI, SINI LAGI

What’s your perfect fit? Mercurial speed or the Tiempo touch? Complete CTR360 control or deadly strikes with the T90? Find out now!


Suka entri ni? Klik la LIKE bawah ni ye.. :)


klik LIKE sini:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Best nih.. :D

x

Jom Like Facebook :)