KRITERIA KELAYAKAN
Pelajar yang layak menerima bantuan Baucer Buku 1Malaysia (BB1M) adalah terdiri daripada:
a) Warganegara Malaysia.
b) Lepasan SPM atau setaraf dengannya yang sedang melanjutkan
pengajian di pusat matrikulasi/ tingkatan 6/ Politeknik/ institusi
pengajian tinggi dalam bidang diploma, diploma lanjutan, ijazah, sarjana
dan doktor falsafah.
c) Sedang melanjutkan pengajian dan status aktif di pusat
matrikulasi/ tingkatan 6/ institusi pengajian tinggi pada Januari 2012.
d) Pelajar yang sedang melanjutkan pengajian secara sepenuh masa dan separa masa.
e) Pelajar yang sedang mengikuti pengajian di bawah program kerjasama dan mendaftar di bawah anak syarikat IPT berkenaan.
f) Menuntut di institusi pengajian di bawah seliaan Kementerian
Pengajian Tinggi atau diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia.
g) Pelajar di Institusi Pendidikan Guru (IPG) di bawah program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) tidak layak menerima baucar ini kerana telah diberi elaun buku sebanyak RM600.
h) Pelajar yang sedang mengikuti bidang Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) tidak layak menerima bantuan ini kerana pelatih KPLI adalah pelatih pra-perkhidmatan (telah diberi elaun).
a) Baucer akan dicetak oleh Percetakan Nasional Malaysia Berhad
(PNMB) dan seterusnya mengedarkan kepada semua agensi/institusi.
b) Baucer ini adalah untuk pembelian buku - buku akademik, jurnal,
majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT
masing-masing.
c) Pelajar boleh menggunakan baucar ini di mana-mana kedai buku
yang menyertai pelaksanaan inisiatif ini. Pelajar perlulah mengisi nama
dan kad pengenalan di baucar tersebut. Pelajar perlu menunjukkan kad
pengenalan ketika menggunakan baucar ini.
d) Sekiranya amaun pembelian adalah kurang daripada RM200, pelajar
dibenarkan membeli peralatan pembelajaran seperti buku catatan dan alat
tulis. Baki baucar yang tidak habis digunakan dianggap luput dan tidak boleh dituntut.
e) Jika amaun yang dibeli melebihi RM200, pelajar perlu membayar sendiri dan tidak boleh membuat tuntutan tambahan kepada Kerajaan.
f) Baucar buku yang diterima tidak boleh ditukarkan dalam bentuk wang tunai.
g) Tempoh sah laku baucar adalah selama 3 bulan sahaja.
h) Tuntutan bayaran balik baucar akan dibuat oleh kedai buku terus
kepada Bank Simpanan Nasional (BSN). Tuntutan hanya boleh dilakukan
sehingga 30 April 2012.
Takde lagi lah alasan tak cukup duet nak beli buku atau hutang dengan lecturer lama2 pasni. HEHE :)
Sumber : SINI, SINI LAGI
What’s your perfect fit? Mercurial speed or the Tiempo touch? Complete CTR360 control or deadly strikes with the T90? Find out now! |
Suka entri ni? Klik la LIKE bawah ni ye.. :)
klik LIKE sini:)
wah, entry yang menarik, blog ni pun lawa, keep up the good work! :D
BalasPadamtengs ke? blog betul ke pon banyak info menarik ke? hehe.
BalasPadamabc curi maklumat kat sini. but dun wori dah kredit ke sini ;) hehehe
BalasPadam