18 Okt 2011

MyKad baru 2012


Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengeluarkan MyKad dengan struktur baru yang lebih berkualiti bermula Januari depan, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Beliau berkata MyKad baru itu diperbuat daripada bahan ''polycarbonate'' yang lebih tahan dan menggunakan teknologi turisan laser di permukaan kad.
"Kelebihan lain pada MyKad ialah menggunakan cip baru yang telah diuji kualiti ketahanan di Sirim dan makmal semikonduktor yang diiktiraf.
"Kualiti cip sering dibangkitkan akhir-akhir ini dan dengan struktur baru yang lebih berkualiti dan menepati ciri-ciri keselamatan, ia sesuai dengan peredaran waktu, keadaan dan cabaran pada masa hadapan," katanya dalam kenyataan sempena perasmian penyerahan dokumen diri Program Mydaftar, di sini hari ini.

Beliau berkata ciri-ciri baru yang terdapat pada MyKad itu juga nanti dapat mengekang pemalsuan MyKad.

Pada majlis itu Hishammuddin menyerahkan 40 sijil kewarganegaraan 30 sijil lahir dan 30 kad pengenalan diri kepada penerima kaum India.

Mereka adalah sebahagian daripada 9,539 pemohon di bawah program Mydaftar Masyarakat India yang berlangsung dari 19 hingga 26 Feb lepas, anjuran Kementerian Dalam Negeri, JPN dan Pasukan Petugas Khas Pelaksanaan Jawatankuasa Kabinet Masyarakat India (SITF).

Sumber : Berita Harian Online
              http://goo.gl/9hVz6


Suka dengan entri ni? Klik la butang LIKE bawah ni ye.. :)

klik LIKE sini:)

3 ulasan:

  1. perlu ke tukar mykad lepas umo 18???

    BalasPadam
  2. sooooooour > rasanya bg yang nak tukar je la kot. :)

    BalasPadam
  3. bagus ni. banyak ciri-ciri keselamatan..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Best nih.. :D

x

Jom Like Facebook :)