23 Jul 2011

Minuman Ada Alkohol Kurang 1 Peratus Harus Diminum

Semua minuman ringan yang diproses atau dibuat bukan dengan tujuan untuk menghasilkan arak dan mempunyai kandungan alkohol kurang satu peratus adalah harus diminum.

Perkara itu diputuskan dalam muzakarah khas, Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan yang diadakan dari 14 Julai hingga 16 Julai lalu bagi membincangkan isu alkohol dalam makanan, minuman, pewangi dan ubat-ubatan.
Mesyuarat itu juga memutuskan minuman ringan yang mengandungi alkohol secara semula jadi seperti buah-buahan, kekacang atau bijirin serta perahannya atau alkohol itu terjadi secara sampingan ketika proses pembuatan makanan atau minuman adalah tidak najis dan harus dimakan atau diminum.



Ia dicapai selepas jawatankuasa menerima taklimat, pembentangan dan penjelasan oleh pakar daripada Institut Penyelidikan Produk Halal, Universiti Putra Malaysia (UPM) serta berdasarkan keputusan yang dibuat dalam Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan sebelum ini.

“Semua makanan dan minuman yang mengandungi bahan perisa atau pewarna yang mengandungi alkohol bagi tujuan penstabilan adalah harus digunakan dengan syarat ia tidak dihasilkan daripada proses pembuatan arak.

“Selain itu, kuantiti alkohol dalam produk akhir itu juga mestilah tidak memabukkan dan mengandungi kadar alkohol tidak melebihi 0.5 peratus,” katanya.
Sebelum ini, Jabatan Agama Johor (JAJ) mendedahkan ada produk minuman yang terkenal dari negara Arab mempunyai kandungan alkohol 0.5 peratus, iaitu melebihi had yang ditetapkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, hingga mencetuskan isu mengenai ‘bir halal’.

Berikutan itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menghantar sampel empat jenama berlainan minuman berkarbonat diimport dari beberapa negara Asia Barat bagi menjalani ujian terperinci di Jabatan Kimia susulan kekeliruan pengguna Islam terhadap kandungannya.

Difahamkan keputusan mengenai status minuman berkenaan akan diumumkan dalam masa terdekat oleh pihak terbabit.

Dalam pada itu, muzakarah sama turut memutuskan minuman ringan dibuat dengan niat dan cara sama seperti proses membuat arak, sama ada mengandungi banyak atau sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah haram diminum.

Sumber : Berita Harian

Jadi lepas ni dah boleh minum Barbican. HEE! :D



Suka entri ni? Klik la LIKE bawah ni.. :)


klik LIKE sini:)

3 ulasan:

  1. bole ?
    urm, trime kasih.
    info yg berguna.

    BalasPadam
  2. yeke....maaf tp saya sukar nak terima maklumat ini,even betul. jgn kelirukan umat islam dgn fakta2 cam ni...apa yg ditegah Allah tu tetap ditegah, larangan minum air yg ade unsur arak tu haram,tetap haram..
    apa hak kita nak halalkannya?

    sejauh mana kita yakin yg minum kurg 1% alkohol boleh elak dari mabuk???

    kita bahaskan tentg arak tu mabuk, tapi xpernah kita bahaskan apa itu mabuk, kategori, bagaimana dan selainnya..sepatutnya sebelum fatwa nak keluarkan sesuatu fatwa, definisi sesuatu perkara kene diperjelas,supaya umat islam xkeliru, sy xkondem pandgn blogger, juz share supaya kita ade kebebasan menyuarakan pendapat dan idea..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Best nih.. :D

x

Jom Like Facebook :)