Minuman Ada Alkohol Kurang 1 Peratus Harus Diminum
Semua minuman ringan yang diproses atau dibuat bukan dengan tujuan untuk
menghasilkan arak dan mempunyai kandungan alkohol kurang satu peratus
adalah harus diminum.
Perkara itu diputuskan dalam muzakarah khas, Jawatankuasa Majlis
Fatwa Kebangsaan yang diadakan dari 14 Julai hingga 16 Julai lalu bagi
membincangkan isu alkohol dalam makanan, minuman, pewangi dan
ubat-ubatan.
Mesyuarat itu juga memutuskan minuman ringan yang mengandungi alkohol
secara semula jadi seperti buah-buahan, kekacang atau bijirin serta
perahannya atau alkohol itu terjadi secara sampingan ketika proses
pembuatan makanan atau minuman adalah tidak najis dan harus dimakan atau
diminum.
Ia dicapai selepas jawatankuasa menerima taklimat, pembentangan
dan penjelasan oleh pakar daripada Institut Penyelidikan Produk Halal,
Universiti Putra Malaysia (UPM) serta berdasarkan keputusan yang dibuat
dalam Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan sebelum ini.
“Semua makanan dan minuman yang mengandungi bahan perisa atau
pewarna yang mengandungi alkohol bagi tujuan penstabilan adalah harus
digunakan dengan syarat ia tidak dihasilkan daripada proses pembuatan
arak.
“Selain itu, kuantiti alkohol dalam produk akhir itu juga mestilah
tidak memabukkan dan mengandungi kadar alkohol tidak melebihi 0.5
peratus,” katanya.
Sebelum ini, Jabatan Agama Johor (JAJ) mendedahkan ada produk
minuman yang terkenal dari negara Arab mempunyai kandungan alkohol 0.5
peratus, iaitu melebihi had yang ditetapkan oleh Majlis Fatwa
Kebangsaan, hingga mencetuskan isu mengenai ‘bir halal’.
Berikutan itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan (KPDNKK) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
menghantar sampel empat jenama berlainan minuman berkarbonat diimport
dari beberapa negara Asia Barat bagi menjalani ujian terperinci di
Jabatan Kimia susulan kekeliruan pengguna Islam terhadap kandungannya.
Difahamkan keputusan mengenai status minuman berkenaan akan diumumkan dalam masa terdekat oleh pihak terbabit.
Dalam pada itu, muzakarah sama turut memutuskan minuman ringan
dibuat dengan niat dan cara sama seperti proses membuat arak, sama ada
mengandungi banyak atau sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah
haram diminum.
yeke....maaf tp saya sukar nak terima maklumat ini,even betul. jgn kelirukan umat islam dgn fakta2 cam ni...apa yg ditegah Allah tu tetap ditegah, larangan minum air yg ade unsur arak tu haram,tetap haram.. apa hak kita nak halalkannya?
sejauh mana kita yakin yg minum kurg 1% alkohol boleh elak dari mabuk???
kita bahaskan tentg arak tu mabuk, tapi xpernah kita bahaskan apa itu mabuk, kategori, bagaimana dan selainnya..sepatutnya sebelum fatwa nak keluarkan sesuatu fatwa, definisi sesuatu perkara kene diperjelas,supaya umat islam xkeliru, sy xkondem pandgn blogger, juz share supaya kita ade kebebasan menyuarakan pendapat dan idea..
maklumat yang berguna..
BalasPadambole ?
BalasPadamurm, trime kasih.
info yg berguna.
yeke....maaf tp saya sukar nak terima maklumat ini,even betul. jgn kelirukan umat islam dgn fakta2 cam ni...apa yg ditegah Allah tu tetap ditegah, larangan minum air yg ade unsur arak tu haram,tetap haram..
BalasPadamapa hak kita nak halalkannya?
sejauh mana kita yakin yg minum kurg 1% alkohol boleh elak dari mabuk???
kita bahaskan tentg arak tu mabuk, tapi xpernah kita bahaskan apa itu mabuk, kategori, bagaimana dan selainnya..sepatutnya sebelum fatwa nak keluarkan sesuatu fatwa, definisi sesuatu perkara kene diperjelas,supaya umat islam xkeliru, sy xkondem pandgn blogger, juz share supaya kita ade kebebasan menyuarakan pendapat dan idea..